1. Gunakan Nama Atau Panggilan Yang Baik
Nama yang baik dikatakan membantu memperelok peribadi diri si anak. Biarpun
dalam nada gurauan, anak tidak sepatutnya digelar ‘Si Bulat’ atau ‘Mat Kopi’
kerana fizikal yang kurang disenangi. Sebagai ibu bapa, mereka seharusnya peka
pada emosi dan sensitiviti anak masing-masing agar keyakinan diri anak
berkenaan tidak berkurangan.
2. Rahsia Pelukan Dan Ciuman
Kajian menunjukkan, anak-anak yang dipeluk dengan penuh kasih sayang setiap
hari akan membesar dengan emosi yang baik, berkeyakinan dan memiliki kekuatan
IQ yang tinggi. Nah, sudah mengetahui rahsianya maka usah sekali-sekali biarkan
anak kesayangan anda tidur atau bangun tanpa pelukan dan ciuman.
Fahamilah bahawa mereka mempunyai perasaan ingin dibelai, dimanjakan serta
disayangi oleh ibu bapa biarpun ada ketikanya kerenah yang ditunjukkan sedikit
menjengkelkan. Terimalah bahawa ia hanya untuk menarik perhatian dan bukannya
sikap yang sebenar.
3. Dorong Anak Buat Kebaikan
Setiap kali si anak membuat kebaikan atau mencapai suatu kejayaan maka
berilah kata semangat seperti ‘bagus’, ‘pandai’, ‘tahniah’ atau apa sahaja bagi
menggerakkan diri mereka untuk lebih seronok melakukan perkara-perkara baik.
Seeloknya iringilah dengan perlakuan seperti pelukan, ciuman, pemberian
hadiah atau pujian untuk menunjukkan betapa anda menghargai usaha yang
ditunjukkan. Selain itu, boleh juga pamerkan sikap ambil berat dengan membuat
persiapan majlis hari jadinya atau menyediakan hadiah biarpun harganya tidak
seberapa. Anak-anak yang lahir dari persekitaran yang menghargai dirinya akan
belajar untuk menghargai orang lain juga.
4. Hargai Barang Kesayangan Anak
Cubalah hargai barang-barang kesayangan anak terutamanya permainan biarpun
tayar lorinya sudah hilang sebelah. Jangan sekali-sekali membuangnya tanpa
meminta kebenaran kerana dikhuatiri si anak akan berkecil hati apabila mendapat
tahu perkara yang sebenar.
Perlahan-lahan, ajarlah si manja anda bagaimana untuk mengemas dan menyimpan
kembali mainan yang telah digunakan. Nescaya dengan cara ini, barang kesayangan
anda juga akan dijaga dengan baik kerana anda menghormati barang kesayangan
mereka.
5. Jangan Letakkan Harapan Tinggi
Usah pertaruhkan harapan yang tinggi untuk kejayaan anak-anak dalam semua
perkara. Sedarlah bahawa mereka hanyalah kanak-kanak yang sedang melalui proses
pembelajaran dan tentunya tidak terlepas dari melakukan kesilapan.
Ketahuilah bahawa proses perkembangan mereka berperingkat dan berkemungkinan
besar pengajaran bukanlah pada kali pertama ilmu itu diterima. Jangan mudah
berikan hukuman atau herdikan sekiranya mereka gagal penuhi ‘kehendak’ anda
setelah perkara yang sebenarnya diketahui.
6. Carilah Masa Berkualiti
Berikan sepenuh perhatian pada anak-anak. Caranya mudah sahaja iaitu dengan
mengelakkan diri dari membawa bebanan kerja ke rumah. Secara tidak langsung ia
membuatkan si anak beranggapan bahawa kerja lebih penting dari mereka.
Sedarlah bahawa anak-anak ini memerlukan anda untuk membuat sebarang
keputusan. Peruntukan masa yang berkualiti untuk mereka dan sekiranya keluar
bersiar-siar, usah sesekali lupa untuk memegang tangan sewaktu berjalan
bersama. Ia sebenarnya menjadikan si anak berasa lebih selamat dan berfikiran
bahawa kehadirannya sentiasa diperlukan.
Lahirkan Anak Kreatif Dan Cemerlang
1. Ibu yang sedang mengandung perlu sentiasa berfikiran positif dan
menyelesaikan masalah dengan cara yang tenang.
2. Memberi tugasan dan tanggungjawab kepada anak bersesuaian dengan usia mereka.
3. Cuba meningkatkan kreativiti anak dengan aktiviti serta permainan yang menggunakan minda.
4. Mendedahkan anak kepada aktiviti kemahiran hidup
5. Melatih anak menyempurnakan tanggungjawab sebaiknya terutama soal perintah agama.
2. Memberi tugasan dan tanggungjawab kepada anak bersesuaian dengan usia mereka.
3. Cuba meningkatkan kreativiti anak dengan aktiviti serta permainan yang menggunakan minda.
4. Mendedahkan anak kepada aktiviti kemahiran hidup
5. Melatih anak menyempurnakan tanggungjawab sebaiknya terutama soal perintah agama.
Ulasan
Catat Ulasan