Anak-anak mummy dan lipas



  Mummy tak pernah menakutkan anak-anak mummy pada lipas. Memang dari kecil lagi mummy suka menanamkan sikap berani pada anak-anak mummy, Cha dan Sarah. Tapi mereka berdua ni terlalu takut pada serangga yang seekor ni.
  Mummy pun apa lagi suka la mengusik...dah Cha dan Sarah takut lipas. Kadang-kadang mummy saja je letak lipas kat tengah-tengah rumah. I love to hear both of you terjerit terlolong sebab takutkan binatang yang seekor ni.
  Walaupun mummy selalu cakap lipas tu kecik lagi dari Cha dan Sarah tapi ketakutan mereka pada haiwan ni tak pernah berkurang walaupun sedikit.
gambar lipas
  Namun mummy faham...kadang-kadang kanak-kanak kecil ni memang ada perkara yang ditakutinya. Moga anak-anak mummy faham bahawa lipas hanyalah haiwan merayap yang kecil dan tidak perlu ditakuti. Moga sayang-sayang mummy membesar menjadi anak yang berani.

Ulasan