Buku oh Buku

  Bila sebut sahaja pasal nak beli buku, bukan main seronok lagi cha dan sarah. Memang sejak dalam perut lagi mummy selalu membacakan mereka pelbagai cerita.
  Tapi pada usia ini sarah terutamanya...begitu rajin mengoyakkan buku. Tangan kecilnya betul tahu memegang buku dengan begitu baik. Bukan tak nak dibelikan buku yang keras atau soft book, tapi mana ada colouring book yang keras or soft. Pada usia 2 tahun ni dia begitu suka mewarna......tapi tahulah kan bagaimana dia mewarna. Kalau ditanya pasti mummy katakan cantik. Apa lagi bertambah bersemangat la dia mewarna.
  Cha dah pandai menghargai buku. Dia mula mewarna dengan berhati-hati. Tapi ada anginnya.....kadang-kadang warna sikit dah berhenti. Nak buat perkara lain pulak. Paling dia suka kalau dapat pergi kedai buku atau pasaraya, Jumpa jer buku mula la memilih-milih buku yang dia nampak cantik. Padahal baca pun tak tahu lagi. Mana yang sesuai mummy belikan tapi jika tak sesuai kena lah pujuk cakap buku ni tak sesuai dan tak menarik. Ni adalah antara buku cerita yang cha miliki.


Buku mengandungi pelbagai ilmu....moga anak mummy rajin membaca dan menghargai ilmu yang ada di dalam buku.

Ulasan