Maisarah aka Sarah @ A'a


Anak mummy yang kedua dan yang bongsu. Mummy tak pernah merancang untuk mengandung dalam masa terdekat sebab Cha baru sahaja berusia 1 tahun lebih masa tu. Masa Nina lahir, Cha baru berusia 1 tahun 1 bulan.
Mummy berasa pelik, satu hari masa di sekolah. Mummy tak tahan dengan bau kari. Mummy rasa nak muntah. Mummy pun apa lagi beli la pregnancy test. Ya Allah, keputusannya positif. Usia Cha masa tu 1 tahun 2 bulan dan usia kandungan mummy dah sebulan.
Mummy menerima dengan hati yang gembira walaupun ada orang tak begitu gembira dengan berita ini. Mummy yakin anak yang mummy kandung ini ada rezekinya. Allah pasti sudah mengatur segalanya.
Masa usia kandungan 2-3 bulan mummy mengalami alahan yang teruk. Mummy mula-mula muntah setiap petang sahaja. Walaupun begitu mummy masih pergi berkerja sehingga satu tahap badan mummy langsung tak boleh nak menerima air dan makanan. Apa sahaja yang masuk pasti akan keluar. Sampai keluar muntah kuning yang begitu pahit sebab dah tak de apa yang ada dalam perut tapi still nak muntah.

                                              Ni masa kandungan 9 minggu
Pada masa yang sama mummy mengalami sakit bahagian belakang. Mummy tak boleh nak duduk lama. Mummy hanya berbaring sahaja. Puas gi klinik semua doktor kata tak de apa. Mummy cuba pulak berubat dengan ustaz. Barulah keadaan mummy kembali seperti biasa. Baru boleh duduk, kalau tak baru nak duduk dah rasa sakit so kena baring.
Mummy juga telah dirujuk ke hospital besar kerana tak boleh nak makan dan minum sebab asyik muntah. Mummy duduk di hospital lebih kurang 4-5 hari gak. Masuk air barulah mummy rasa kuat dan boleh makan sebab ambik ubat tahan muntah. Kalau tak mummy takut nak makan sebab takut muntah.
Alahan hilang apabila usia kandungan 3 bulan. Pastu mummy boleh makan apa sahaja. Mummy tak de sebarang masalah, cuma masa mengandungkan Sarah, 3 kali gak la mummy minum air gula sebab pertambahan berat badan mummy yang banyak. Masa Cha tak pernah sekali pun mummy minum air gula. Bagi mummy, air gula tu sedap jer, tak de pun rasa nak muntah macam kawan-kawan mummy kata.
Masa usia kandungan 8 bulan, mummy sekali lagi masuk hospital. Kali ni sebab mummy tak boleh rasa pergerakan Sarah sebab mummy makan pedas ketika bersahur. 3-4 hari gak la mummy duduk di hospital. Masa tu bulan puasa, mummy menghadapi kesukaran untuk berpuasa sebulan. 15 hari mummy tinggal puasa sebab perut mummy tak boleh kosong. Mula la nak muntah dan tak larat, asyik baring jer sebab rasa tak bermaya sangat. Pernah mummy cuba puasa sampai kul 2 jer dah tak larat sangat. Mula la muntah-muntah macam masuk angin jer.

                                              Usia kandungan 32 minggu
Mummy dijangka lahirkan Sarah pada 21.10.2010. Pada 20.10.2010, mummy tak pergi bekerja kerana merasakan seperti keluar cecair. Namun tu perasaan mummy jer,nurse kata tu mungkin lendir je. Namun nurse terpaksa menahan mummy di bilik high risk sampai kul 2 pagi sebab tekanan darah mummy terlalu tinggi.
Bila dah kurang barulah mummy di hantar ke wad iaitu wad high risk. Pagi tu mummy di maklumkan bahawa pukul 9 akan di hantar ke dewan bersalin namun nurse memaklumkan keaadaan di sana penuh dan akan di panggil di masa yang lain. Pukul 11 pagi mummy di hantar ke bilik high risk di dewan bersalin.
Di sini mummy telah di induce secara memasukkan air ke dalam badan. Air ketuban mummy juga telah dipecahkan oleh nurse. Dos ubat makin ditingkatkan namun mummy masih tidak sakit. Mummy langsung tak makan hanya makan sarapan pagi sahaja. Mummy risau mummy tak de tenaga nak meneran nanti sebab hanya dibenarkan minum air sahaja. Itu pun mummy minum sikit sahaja.
Pukul 4 sepatutnya sakit kata nurse tu, tapi mummy tak rasa sakit gak. Nurse siap Tanya mummy lagi, puan tahan sakit ke? Memang hakikatnya mummy tak sakit langsung. Disebabkan keadaan darah tinggi mummy yang tak turun, seorang nurse telah menasihatkan mummy untuk mengambil ubat bius bagi mengurangkan rasa sakit sewaktu melahirkan. Namun mummy menolak sebab mummy nak rasa sakit melahirkan Sarah. Selain itu mummy juga takut nak di bius di bahagian tulang belakang.
Oleh kerana mummy masih tak sakit, pakar di situ mencadangkan mummy di bedah jika baby masih tak keluar pada pukul 9 malam. Mummy mula resah dan menangis kerana takut nak dibedah. Mummy berpesan pada baby dalam kandungan mummy agar keluar secara normal. Lebih kurang pukul 6 petang mummy start sakit, namun bukaan masih sikit. Mulai pukul 7 petang, mummy sakit setiap 5 minit, hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya.
Dalam kul 8 malam, nurse kata bukaan dah 8 cm kalau tak silap mummy la..so nurse mula suruh meneran. Dalam beberapa kali teran, tepat 8.13 malam pada 21.10.2010, lahirlah anak mummy yang kedua seberat 3 kg. Sama berat dengan Cha dulu. Maisarah..nama yang diberi telah lahir pada hari Khamis. Permata hati mummy yang kedua.
                                              3 jam selepas dilahirkan
Moga Sarah membesar menjadi anak yang baik, rajin, berguna kepada agama, bangsa dan Negara. Amin.....

Ulasan