Marissa....

Nama anak sulung mummy....
  Mengandungkan Cha memang banyak dugaan dan cabarannya.Semasa mengandungkan Cha, mummy duduk di rumah sewa di Langkap bersama kawan mummy, Pah yang juga mengandung semasa tu.
  Ketika kandungan berusia 2 bulan, mummy mengalami alahan...evening sickness. Selepas makan tengahari mesti muntah. Makan tengahari hanyalah nasi, ayam goreng dan air laici. Itulah makanan mummy setiap hari.  Pagi tak ada alahan. Biasanya pagi mummy makan bihun goreng tapi dalam kuantiti yang sedikit.
  Alhamdulillah, masuk 3 bulan, alahan dah tak ada. Namun datang pula penyakit lain. Mula-mula mummy rasa sakit kaki sebelah kanan. Ingatkan simpul mengkarung. Dalam beberapa hari mummy sakit, mummy hanya urut pakai minyak angin je. Tapi sakit tak hilang-hilang malah makin teruk sampai mummy mula tak boleh berjalan.
  Bukan tak boleh jalan macam mana, cuma kaki kanan tak boleh pijak tanah. Masa tu Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya kaki kanan jika mahu memijak tanah. Tapi mummy masih boleh memandu kereta, hanya tak boleh keluar kereta. Mummy pergi berurut tapi hanya elok untuk beberapa minit. Mummy gak gi klinik kerajaan tapi tak boleh nak buat apa sebab mengandung.
  Mummy ingat lagi jiran masa kat Langkap cakap "Aida, kalau janin tu tak elok redha la kalau sesuatu berlaku".  Masa tu betapa sedihnya mummy. Mungkin masa tu dia melihat keadaan mummy yang tak boleh berjalan, menyebabkan dia berkata begitu.
  Namun usaha mummy diteruskan dengan pergi ke Klinik Pakar di Fair Park. Mummy ingat lagi Dr. Datin tu kata salah urat dan dia cucuk mummy. Mummy boleh berjalan untuk beberapa jam sahaja. Selepas tu kembali balik sakit dan susah nak berjalan.

                                           Usia kandungan 9 minggu
  Mummy agak susah hati masa ni......mummy terfikir adakah mummy perlu bercuti selama 9 bulan melihatkan keadaan semasa itu....mummy nak tak nak mummy pergi juga bekerja...namun episod air mata bermula apabila nak keluar dari kereta. Mungkin melihat kepayahan mummy, penolong kanan mummy ketika itu mencadangkan agar mummy mencuba perubatan tradisional. Dia memberi alamat dan petang itu juga mummy mengajak Pah untuk perlu ke situ.
  Ya Allah, dengan izinmu aku boleh berjalan kembali. Katanya urat bersimpul. Dia mengurut di 2 tempat hingga lebam la badan mummy.
  Selepas itu, mummy tak ingat usia kandungan berapa bulan, badan mummy naik kelopak garam. Kata orang la kelopak garam.....mummy pun tak tahu apa namanya. Asalnya bintit kecik kemudian menjadi semakin besar. Gatal nya hanya Tuhan yang tahu. Biasanya jadi kat kaki dan tangan. Macam-macam cara gak nak hilangkan.....tapi doktor tak bagi ubat makan sebab mengandung. Hanya ubat sapu sahaja. Bila keadaan panas terik mula la terbit bintit kecik dan akan membesar.
  Sebelum mengandung kan cha dah terjadi tapi mummy makan ubat so tak de la teruk macam masa mengandung. Namun akhirnya penyakit ni hilang dengan sendirinya...kata orang pembawakan budak. Patutnya hilang masa melahirkan tapi dah hilang awal.

                                             Usia kandungan 24 minggu
   Mummy ingat lagi, masa usia kandungan 8 bulan mummy mendapat penyakit chikukunya (tak tau la ejaan betul ke tak). Asalnya demam masa balik kampung. Masa ni memang tengah hangat penyakit ni kat kampung. Penyakit ni menyerang sendi. Memang susah nak bangun dan berdiri.Mummy hanya berbaring masa ni. Nak pergi tandas pun susah. Menangis bila nak berdiri. Sebelum mummy kena, Acu dan opah yang kena penyakit tu dulu.
  Selepas demam 2 hari, mummy kembali ke Langkap. Namun beberapa hari selepas itu keluar bintik-bintik kat kaki. Risau mengenai bintik tu, mummy ke klinik kesihatan langkap. Namun mummy di rujuk ke Hospital Teluk Intan. Beberapa hari gak la mummy duduk kat hospital.Duduk kat wad yang dikuarantin. Satu wad penyakitnya sama, wad pun baru diwujudkan. Ambil darah setiap hari...sakit je.
  Cha dijangka bersalin 8 Disember 2008.....iaitu pada Hari Raya Korban. Sehari sebelum hari raya, dah menjadi rutin opah membakar lemang bersama opah uda. Mummy pun apa lagi seronok dapat makan lemang. Acik pun siap merancang untuk memasak laksa pada pagi hari raya. Lebih kurang pukul 4 pagi, 8 Disember.....mummy terbangun tidur sebab merasakan katil mummy basah.
  Opah nak mummy pergi ke hospital tapi mummy kata tak sakit cuma air jer keluar. Opah kata ni anak sulung tak tahu macam mana so pagi tu jugak pergi ke Hospital Ipoh. Sampai depan dewan bersalin, turun saja dari kereta, melambak air ketuban keluar....habis basah baju kaftan atau bahasa biasanya baju kelawar yang mummy pakai. Jalan beberapa langkah lagi, keluar lagi air ketuban.
  Selepas di periksa, dalam pukul 7 pagi, mummy dihantar ke wad sebab belum ada tanda-tanda nak bersalin....memang mummy tak sakit apa pun. So semua orang berhari raya di hospital la hari tu. Nurse sentiasa datang memantau keadaan mummy tapi mummy tak sakit-sakit jugak. Akhirnya doktor memutuskan agar pagi esok mummy di induce (tak tau ejaan betul ke tak) sebab dah hampir 24 jam air ketuban pecah tapi mummy tak sakit-sakit nak melahirkan. Lebih kurang pukul 4.30 pagi pada 9 Disember, nurse mengejutkan mummy untuk bersiap-siap pergi ke dewan bersalin.
  Mummy pergi ke dewan bersalin dalam pukul 5.30 pagi.....ditempatkan di bilik 9A. Mummy di induce lebih kurang pukul 9 lebih. Nurse masukkan ubat besar daripada panadol. Pastu mummy mula sakit....tapi kerana terlalu mengantuk mummy pun tidur. Nurse kata memang kesan ubat tu sama ada muntah or mengantuk. Pukul 11 lebih mummy terjaga tidur kerana merasa perut mummy yang terlalu sakit. Mummy duduk di tandas sebab tak tahu sakit perut ni sebab nak buang air or nak bersalin. Dah apa pun tak keluar mummy kembali ke katil. Mummy panggil nurse yang patutnya jaga mummy tu.....tapi tak datang-datang, fikir mummy jika betul baby dah nak keluar so mummy kena tolong baby mummy keluar.....tapi baby tak boleh keluar. Kemudian masuk nurse tu....mummy pun apa lagi...mummy jerit "nurse saya dah tak tahan ni"...nurse suruh tahan dan dia panggil kawan-kawan dia.
  Sebelah mummy ada nurse bangsa cina dan sikh...katanya "berdoa dalam agama you". Dalam 2-3 kali meneran, tepat pukul 12.38 tengahari, hari Khamis, 11 Zulhijjah mummy selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3 kg yang mummy bagi nama Marissa.

                                             3 jam selepas dilahirkan
  Moga Cha membesar menjadi anak yang baik, rajin, penyayang, bersopan santun, pandai, bijaksana, berani dan taat pada Allah. Amin.

Ulasan