Cha dan Usus berlipat


Usus berlipat ni istilah yang doktor tu bagitau mummy ketika dia selesai scan Cha.Istilah sains mummy tak tahu. Masa tu Cha baru sahaja 6 bulan. Doktor kata tiada punca sebab apa usus tu boleh jadi mcm tu. Keadaan ini boleh berlaku pada mana2 kanak2 di bawah usia 1 tahun dan kadang2 pada kanak2 berusia 1 tahun lebih.
Mummy ingat lagi hari tu hari Jumaat, Cuma tarikhnya tak begitu pasti tapi dalam bulan Jun 2009. Mula pukul 4 pagi, Cha mula muntah2...muntah kuning. Mummy bawak gi hospital tapi doktor kata tak de apa. Doktor bekalkan dengan air garam jer. Pukul 6 sekali lagi gi hospital sebab  ada sedikit darah pada lampin pakai buangnya.
Doktor kata ada lupa sedikit luka pada duburnya dan doktor kata tiada apa yang nak dirisaukan. Mummy terpaksa mengambil cuti disebabkan keadaan Cha yang belum baik. Keadaan Cha semakin teruk. Susu tak nak minum, air garam tu pun tidak dijamahnya. Dia asyik muntah putih dan kuning. Keadaan dia begitu lemah dan dia asyik tidur sahaja.
Sampai satu tahap keluar muntah hijau. Mummy mula risau sangat. Mummy ajak opah gi hospital swasta pulak.  Difikiran mummy hanya ingat nak gi Ar-Ridzuan dulu. Sampai disana klinik tutup sebab hari Jumaat kan rehat lebih panjang. Tak tahu nak ke mana mummy tunggu di situ. Sampai Acu telefon bertanya khabar Cha.
Acu mencadangkan agar Cha dibawa ke kecemasan HBI. Mummy pun apa lagi terus memecut ke HBI. Sampai di kecemasan, Cha terus diberi rawatan. Even doctor cucuk jarum pun Cha tak sedar. Doktor kata mungkin sebab dia terlalu letih. Cha kemudian dirujuk pada pakar kanak2.  Setelah di scan doktor mendapati bahawa ususnya berlipat.
Doktor menerangkan apa yang akan dilakukannya dan meminta mummy menandatangani surat jika Cha memerlukan pembedahan. Petang itu juga Cha telah dirawat dengan menembak barium ke ususnya. Jika ususnya kembali kepada asal maka dia tak perlu dibedah. Alhamdulillah, rawatan tu berjaya membetulkan ususnya.
Cha dimasukkan ke wad sehari untuk pemerhatian. Esoknya Cha dibenarkan pulang. Hanya Allah yang tahu bagaimana mummy menghadapi keadaan ini. Cemas, sedih, hiba, menangis dan sebagainya.

Ulasan