Sarah dan Ekzema


Ekzema? Apa tu ekzema? Masa membesarkan Cha tak de pun istilah ekzema  ni...tetiba bila membesarkan Sarah timbul istilah ni...

Cha tak de masalah, tak de masalah pada kulit dan boleh je minum susu lembu. Diusia 2-3 minggu, Sarah menunjukkan reaksinya pada susu lembu. Dia asyik kembung perut dan menangis setiap malam. Perutnya keras. Setiap malam tidak boleh tidur di sebabkan keadaannya. Dia tak tidur, mummy pun tak tidur.

Mummy sampai tak tahu nak buat apa?  Masalah berlarutan sehingga sebln lebih...susah hati memikirkan bagaimana nak bekerja dgn keadaan Sarah yang sebegini. Ingatkan perangai bayi masa dalam pantang. Sehingga la seorang sepupu mencadangkan agar Sarah diberi minum susu soya. 

Apa lagi, terus mummy beli susu Isomil tin kecil untuk percubaan. Sebelum ni macam2 susu lembu yang dicuba tapi semuanya sama tetap menangis malam. Setelah diajar taukeh kedai tu bagaimana nak menyediakan susu soya maka mummy pun mencuba ke atas Sarah. Sejak tu Sarah tak de masalah lagi. Perutnya dah tak ada masalah lagi. Dia masih minum susu soya sehingga sekarang. 

Cuma kadang-kadang pemakanan dia perlu dijaga. Makanan berasaskan susu lembu perlu dielakkan agar perutnya tak bermasalah. Sakit gak la mummy ditendang Sarah bila dia salah makan dan perutnya mula kembung.

Selain masalah perut, Sarah juga mempunyai masalah pipi yang merah (kulit sensitif) sebijik macam orang pakai blusher tu. Boleh tengok kat gambar ni mcm mana keadaan pipi dia. 

 
Alhamdulillah, mencapai usia hampir setahun ‘pipi merah’nya itu hilang. Memang risau takut pipinya tak elok2. Mummy tak pernah membuat pemeriksaan dengan doctor pakar tapi doktor klinik yang selalu kita pergi tu menyatakan bahawa Sarah ada ekzema berdasarkan ciri2 yang ada pada dia.

Ulasan