Surah Al Fatihah

Di usia 4 tahun 3 bulan, Cha sudah boleh menghafal surah ni. Cha menghafal surah ni sejak Cha mula pergi ke tadika. Terharu apabila mendengar dia membaca Al Fatihah. Sepatutnya mummy harus ajar Cha dari awal lagi. Tapi mummy sibuk dengan kerja2 mummy yang tak de penghujungnya. Insyaallah lepas ni Cha akan menghafal banyak lagi surah.
Tambah mengkagumkan adiknya Sarah yang berusia 2 tahun 5 bulan jugak boleh membaca surah ni. Permintaan Sarah untuk membaca Allah (maksudnya Al Fatihah) sebelum tidur membuatkan mummy terkejut rupanya Sarah juga telah menghafal surah ni. Dalam pelat dia menghabiskan bacaan Al Fatihahnya.
Sarah belajar melalui pendengaran. Setiap malam mendengar Cha membaca Al Fatihah dan memperdengarkan bacaan Al Fatihah kepadanya sebelum tidur.
Moga Cha dan Sarah akan menghafal banyak lagi surah selepas ini. Amin.

Ulasan