Kejadian di tadika...

Ketika mencecah usia 4 tahun beberapa hari, Cha telah mummy hantar ke Tadika Sedas. Kalau ikut tahunnya dah 5 tahun tapi dah Cha lahir bulan 12 so tak cukup la lagi 5 tahun.

Mula-mula Cha ok jer gi sekolah. Sampailah satu hari dia bercerita yang telah menggigit kawannya kerana telah mengata air yang di bawanya ke sekolah tu tak sedap. Terkejut mummy, mummy pun nasihatkan jangan buat orang dan biarla orang kata. Cha biasanya bercerita pada mummy sewaktu di dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Namun kejadian tu tak berhenti di situ. Rupanya ada lagi episodnya selepas itu. Cha menolak pula kawannya itu sampai jatuh dan kejadian di saksikan oleh ibunya. Maka ibunya bertemu dengan guru kelas mereka dan bertanyakan sebabnya. Selepas diterangkan maka ibunya menerima. Guru kelas Cha tu adalah sepupu mummy, Teacher Baayah.

Episod yang seterusnya.....dicubitnya pulak kawannya tu. Cerita ni disampaikan sendiri Teacher Baayah ketika kami bertemu di Taiping untuk menghadiri majlis perkahwinan. Bab cubit ni Cha tak cerita pada mummy...Cha hanya bagitau yang Cha ditukar tempat duduk iaitu sebelah Yasmin.
Selepas cuti sekolah bulan 3 2013 tu, Teacher Baayah telah menukarkan kelas Cha. Cha sendiri bagitahu mummy yang Cha masuk kelas ustaz. Setakat bulan April ni tiada lagi episod antara Cha dan kawannya yang bernama Yasmin tu.

Mummy harap Cha akan belajar bersungguh-sungguh dan Cha juga dah berjanji untuk menjadi budak yang baik di sekolah. Harap2 tak de la orang mengata dia lagi.

Ulasan