A'a 3 tahun

Pada 21 Oktober yang lalu, genap la 3 tahun usia A'a. Wah, dah makin besar anak mummy! Disebabkan 21 Oktober jatuh pada hari Isnin so tiada sambutan pada hari tersebut. Hari lahir A'a disambut pada hari Sabtu 26 Oktober..
Majlis kecil-kecilan kita buat kat umah opah...Mummy telah menjemput mak long Suhaili, pak long, tok ngah, opah ngah, tok cik n opah cik...
kita makan tengahari dengan menu kegemaran, sambal tumis udang petai, kari daging, ikan tilapia goreng dan jantung pisang rebus je...ada sambal belacan dan cabai kicap.
A'a makan udang, Cha dan Nina makan  ikan tilapia goreng...Lepas makan tengahari...mummy gi ambik kek...kek kali ni adalah kek princess...pilihan A'a
A'a merima hadiah daripada Acu dan Mama...seronok tak terhingga tgk muka A'a masa bukak hadiah...

Moga A'a menjadi anak yang solehah, mendengar kata dan taat pada perintah Allah...Amin.

Ulasan

Catat Ulasan